BAITULMAQDIS: Berpuluh-puluh pelampau israel pada pagi Rabu menceroboh kawasan Masjid al-Aqsa dengan perlindungan ketat polis israel, kata Wakaf Islam.
Menurutnya, pelampau berpecah kepada beberapa kumpulan, menyerbu Masjid Suci Islam dari pintu al-Maghariba dan melakukan lawatan provokatif di kawasan itu.
Tambahnya pelampau melakukan ritual Talmud di bahagian timur masjid.
Perkara ini berlaku ketika tentera israel menahan rakyat Palestin yang datang dari Baitulmaqdis bagi memasuki masjid dengan memeriksa ID mereka.
Tentera penceroboh israel yang bersenjata lengkap telah ditempatkan di halaman Masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis untuk memudahkan pencerobohan pelampau ke tapak suci itu menjelang “Perarakan Bendera” yang dijadualkan berlangsung di bandar yang dijajah pada petang ini.
Al-Aqsa Mosque, Occupied East Jerusalem
Fanatic settlers storm the holy compound, after Israeli forces prevented anyone below 45 years old from entering it since the morning today and after imposing strict measures in the old city in preparation for the flag march. pic.twitter.com/zB2TWRyZpp
— Younis | يونس (@ytirawi) May 18, 2023
Kumpulan pelampau berkata mereka merancang untuk menggerakkan lebih 5,000 pendatang untuk menyerbu tapak suci itu menjelang perarakan itu.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia