SemasaSyria

Berjuta tinggalkan Syria, kemenangan undian 95% Assad dipertikai

Cabar kesahihan kemenangan Assad

IDLIB, SYRIA : Kesahihan kemenangan Presiden Syria, Bashar Assad dipertikai warga Syria berketurunan Turki. Assad dilapor memenangi pilihan raya negara itu dengan 95 undian, seperti yang diumumkan oleh Speaker Parlimen rejim, Hamouda Sabbagh.

Syria to hold presidential election on May 26

Sabbagh berkata jumlah pengundi yang turun membuang undi adalah sekitar 78%, sementara lebih daripada separuh negara itu tidak dapat mengikuti pemilihan.

Vail Haj Taha, yang tinggal di gunung Turkmen di pinggir bandar Latakia, berkata kepada Anadolu Agency (AA) bahawa kumpulannya tidak dapat menerima apa yang disebut keputusan pilihan raya itu.

“Dia (Bashar)  telah membunuh kita selama 10 tahun. Sekarang mereka mengatakan telah ada pilihan raya baru dan dia menang. Mereka memanggilnya Presiden. Sebenarnya, dia bukan Presiden, tetapi dia adalah raksasa. Kami tidak tahu bagaimana pilihan raya telah dilakukan, kerana tidak ada orang Syria di Syria. Semua mereka berada di Jerman dan Turki,” – Vail Haj Taha

Muhammed Hac Bekir, pula mengatakan regim itu menyebabkan mengapa penghijrahan besar-besaran rakyat Syria berlaku.

“Anak saya pergi ke Turki. Dia (Assad) telah mengebom dan membakar rumah mereka, ”- Muhammed Hac Bekir

Mustafa Memleket berkata Assad membunuh orang dengan pembunuh yang dibawanya dari luar negara.

“Kami pergi ke Jerman, Lubnan dan Turki. Seluruh dunia penuh dengan orang Syria. Mereka memaksa negara untuk pilihan raya dengan kekuatan tentera dan polis. Semoga Tuhan menyelamatkan kita dari dia, “-

Bashar al-Assad diisytiharkan sebagai pemenang “pilihan raya presiden” yang diadakan pertandingan bersama-sama  calon yang tidak berfungsi, lapor agensi berita rejim SANA pada Khamis (27 Mei)

Sejak memegang tampuk kuasa pada tahun 2000, Assad telah menjadi pemenang dalam setiap pilihan raya yang diadakan selepas mewarisi takhta ayahnya, Hafez al-Assad.

Keputusan untuk mengadakan pilihan raya dibuat walaupun terdapat konflik ketenteraan yang sedang berlangsung, kekurangan penyelesaian politik, kegagalan rundingan antara pembangkang dan rejim, dan perpindahan lebih daripada 10 juta rakyat Syria sama ada sebagai pelarian atau pelarian dalam negara.  Lebih-lebih lagi, sekitar 40% negara ini tidak berada di bawah kawalan rejim.

Syria telah terpalit dalam perang saudara sejak awal tahun 2011 ketika rejim menindakkan protes prodemokrasi secara membalas dengan  keganasan yang tidak dijangka.

Selama sedekad, sekitar setengah juta orang terbunuh dan lebih dari 12 jutarakyat Syria  terpaksa meninggalkan rumah mereka. – Daily Sabah

Oleh : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM – Arif Ikhwan 

_____________________

*Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas Syria kerana  kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button