Oleh: Izz Nazaruddin, wartawan pelatih
DURBAN : Banjir besar akibat hujan lebat di Afrika Selatan telah meragut sebanyak 306 nyawa dan menyebabkan kemusnahan rumah dan jalan raya.
Hujan lebat yang melanda di Kwazulu-Natal di pantai timur Afrika Selatan merupakan sebuah titik hitam bagi bandar tersebut.
Dalam satu kenyataan semalam, Perdana Menteri Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, berkata banjir di kawasan bandar Durban telah meragut sekurang-kurangnya 256 nyawa dan merupakan satu bencana yang besar.
Dalam satu ciapan dari Twitter kerajaan Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa berkata ini merupakan sebuah malapetaka.
“Ini merupakan bencana alam dan keadaan ini telah menggesa kerajaan untuk bertindak segera dengan Kerjasama komuniti”
“Situasi ini memanggil kami sebagai sebuah negara dan memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukan sokongan dan jagaan kami,” menurut ciapan tersebut.
[Watch] #KZNFloods | “This situation calls on us to come together as a nation and offer assistance to those who desperately need our care and support.” – President Cyril Ramaphosa #KZNWeather pic.twitter.com/87GpAfI1D8
— South African Government (@GovernmentZA) April 13, 2022
[Watch] #KZNFloods | The President said: “This is a tragic toll of the force of nature and this situation calls for an effective response by government in partnership with communities.” #KZNWeather pic.twitter.com/QcNRgau0wF
— South African Government (@GovernmentZA) April 13, 2022
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh kerajaan daerah Kwazulu-Natal, daerah itu mengalami malapetaka terberat dalam sejarah negara itu.
Sejak Isnin lalu , daerah Kwazulu-Natal telah dilanda ribut petir terdahsyat dalam sejarah negara. Hujan lebat yang menurun selama beberapa hari, telah mencetuskan kucar-kacir dan memberi kerosakan besar pada nyawa dan harta benda,’ menurut kenyataan tersebut.
Kenyataan itu juga menyatakan Perdana Menteri Kwazulu-Natal, Sihle Zikalala bersama-sama pemimpin negara telah turun untuk melihat keadaan itu.
“Harini, Perdana Menteri Kwazulu-Natal, Sihle Zikalala bersama ahli Majlis Eksekutif, Ahli, Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis dan Datuk Bandar, menziarah beberapa bahagian daerah untuk menilai sendiri dan juga untuk memberi penghormatan kepada mereka yang telah maut,” katanya.
-AGENSI