Bekas penerima bantuan MAPIM kembali menderma RM10,000 tunai kepada MAPIM Malaysia
Daripada penerima kepada pemberi
Bangi : Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada yang menerima.
Berpegang pada falsafah itu seorang bekas penerima bantuan MAPIM Malaysia, dalam kempen Back to School, kembali memberi memberi sumbangan kepada pihak MAPIM Malaysia.
Beliau yang tidak mahu dikenali, menghubungi Bendahari MAPIM Malaysia, Kapten Tuan Haji Faris Hussain untuk bertemu di Wisma MAPIM MAlaysia.
Semasa pertemuan itulah beliau memberi kejutan, menghulurkan wang sumbangan RM10 ribu untuk kembali digunakan kepada yang memerlukan.
Menurut Kapten Haji Faris, “Ini yang kita sentiasa gembira menunggu iaitu, daripada penerima kepada pemberi.
MashaAllah, sungguh benarlah rezeki ini jika Allah nak bagi, boleh datang dari pelbagai sumber yang tak dijangka.”
Sumbangan itu akan terus disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.
MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke
Klik :
TabungGaza.com
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia