DomestikEkonomiSemasa

Bekalan daging mencukupi untuk Ramadan dan Syawal

KUALA LUMPUR – Menteri Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Ronald Kiandee, memberi jaminan bekalan daging mencukupi pada Ramadan dan Syawal ini.

Biau berkata, walaupun negara perlu bergantung kepada daging import sebanyak 70 peratus namun ia tidak terjejas kerana pengeluaran daging tempatan atau tahap sara diri (SSL) industri itu hanya sekitar 21 peratus.

“Kita banyak mengimport (daging) antaranya dari India, Pakistan, Australia dan setakat ini pengimportannya adalah stabil, tiada gangguan.

“Kita di kementerian akan sentiasa memantau untuk memastikan bekalan daging mencukupi bukan sahaja ketika perayaan tetapi juga bekalan harian,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jubli Emas Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi meningkatkan pengeluaran telur dan ayam, kerajaan mengambil langkah intervensi jangka pendek menerusi pemberian subsidi kepada penternak.

Ditanya mengenai perkembangan bagi penyelesaian tempoh Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang dihadapi usahawan tani, beliau berkata kementerian sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri bagi menangani masalah tempoh lesen itu.

“Ada isu dan cadangan dikemukakan mengenai pajakan tanah di beberapa negeri yang menyatakan tempoh pajakan itu terlalu singkat (iaitu) tiga tahun untuk bangunkan industri agromakanan secara besar-besaran.

“Dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang lepas, MAFI diminta untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri dan kita sedang lakukan (perbincangan),” katanya.

– Agensi

Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button