Bekalan air Perak tidak akan terjejas – MB Perak
IPOH – Kerajaan Perak akan mengambil tindakan awal selesaikan masalah bekalan air bagi memastikan rakyat Perak tidak akan mengalami gangguan air.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Saraani Mohammad berkata Perak telah lebih bersedia untuk menyimpan bekalan air kerana negeri itu tiada jalan untuk dijadikan sumber bekalan air mentah.
“Kami telah memilih untuk menjaga kepentingan kami dahulu. Kami telah buat kajian bahawa bekalan air yang kami cukup untuk kegunaan kami sahaja dah tidak boleh disalurkan kepada negeri lain,” katanya
Sementara itu, menurut Lembaga Air Perak (LAP), sebanyak 50% daripada bekalan air terawat di negeri ini datang dari Sungai Perak melalui Loji Rawatan Air (LAR) LAP tambahnya lagi.
LAP juga merancang untuk melakukan penambahbaikkan kepada pemprosesan air mentah dan membina LRA baharu di Kampung Gajah untuk pembangunan bekalan air di Seberang Perak.
“Sumber air utama untuk jelapang padi yang terletak di Daerah Kerian adalah dari empangan Bukit Merah di mana selalu berlaku gangguan bekalan air terumatanya ketika musim panas.
“Oleh itu, Jabatan Pengairan dan Saluran (JPS) syorkan kerajaan negeri memberi keutamaan kepada bekalan air bertujuan untuk saliran sawah padi di Kawasan ini,” tambahnya.
Dalam pada itu, Pulau Pinang dijangka akan menghadapi masalah bekalan air menjelang 2025 dan berhasrat membeli air mentah dari Perak.
Oleh Wartawan Pelatih – Izzul Nazaruddin
-Agensi