Beberapa unit kediaman di Flat Sri Johor, Cheras terbakar

PETALING JAYA : Beberapa unit kediaman di Flat Sri Johor, Cheras dilaporkan musnah dijilat api malam ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur mengesahkan kejadian itu dan kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Difahamkan, kebakaran berlaku dipercayai berpunca daripada gas meletup.
Maklumat awal bagaimanapun melaporkan tiada kemalangan jiwa kerana kesemua penduduk telah selamat dipindahkan lebih awal.
Pihak bomba kini berada di lokasi kejadian bagi operasi memadam kebakaran.
Kebakaran Flat Sri Johor, Cheras. Semoga mangsa diberi kekuatan.#FlatSriJohor pic.twitter.com/rleqdllITA
— MadChot (@ChotMad) December 19, 2021
TERKINI | Flat Sri Johor, Cheras, dilaporkan terbakar. pic.twitter.com/tYQxfbVEdh
— 𝓩ulkifli𝓝azri (@zlk69) December 19, 2021
Berita lanjut akan menyusul…