BanjirDomestikSemasa

Beberapa laluan di Selangor masih tutup

Pihak polis menutup laluan yang dinaiki air kepada semua kenderaan

SHAH ALAM : Pihak polis masih menutup 12 laluan di seluruh Selangor yang dinaiki air kepada kenderaan pada hari keenam hari ini.

Jumlah penutupan jalan sejak Sabtu lalu semakin berkurang berbanding sebelum ini, sebanyak 71 laluan ditutup pada hari kedua banjir melanda.

Polis Selangor dalam kenyataan berkata, laluan di dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) iaitu IPD Petaling Jaya dan IPD Kuala Selangor ditutup kepada kenderaan sehingga jam 4 pagi tadi.

 

“Di kawasan pentadbiran IPD Petaling Jaya, laluan yang ditutup kepada kenderaan adalah Jambatan Jalan Menghala ke Lapang Sasar, Subang serta Jalan PJU 7 depan MRT, Mutiara Damansara.

“Bagi IPD Kuala Selangor pula, laluan yang ditutup pula adalah Jalan Kuala Selangor-Meru dan Jalan Kuala Selangor-Bestari Jaya,” katanya.

Dalam pada itu, hanya satu laluan ditutup di lapan kawasan pentadbiran IPD lain antaranya IPD Shah Alam di Jalan Jitu, Seksyen 25, Shah Alam, manakala IPD Kuala Langat pula di Jalan Olak Lempit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Bagi kawasan IPD Sepang pula, Jambatan FT 31 Dengkil-Banting ditutup kepada kenderaan serta IPD KLIA yang membabitkan jalan bulatan Masjid KLIA menghala Charterfield KLIA.

Satu laluan yang ditutup di IPD Subang Jaya adalah Lorong Ikan Haruan, Kampung Bukit Lanchong, Putra Heights, manakala Jalan BRP 7/2 Bukit Rahman Putra di bawah IPD Sungai Buloh.

Di bawah kawasan pentadbiran IPD Sabak Bernam pula, terdapat penutupan laluan juga di Jalan Sungai Panjang-Tanjung Malim.

Bagi IPD Hulu Selangor, Jalan Kuala Kubu Bharu-Bukit Fraser menghala ke Peretak mula dibuka hanya untuk kenderaan ringan sahaja.

—————————————————————————————————————————–

MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM

Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button