DomestikSemasa

‘Bantuan MAPIM Malaysia tiba tepat pada waktunya’

Penduduk Pulau Redang, Pulau Perhentian lega terima bantuan terdesak

PULAU REDANG: “Duit yang ada hanya sekadar cukup untuk beli makanan dan perbelanjaan empat anak ke sekolah.

“Saya tiada duit untuk beli susu untuk ibu yang terlantar akibat strok sejak dua bulan lalu. Memikirkan keadaan ibu kadang-kala membuatkan saya seolah-olah mati akal,” demikian luahan Alri Hamzah, 36, salah seorang penduduk di Pulau Redang.

Ibu kepada empat anak itu berkata, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia terpaksa berhenti kerja apabila gerai perniagaannya tidak mendapat sambutan ekoran tiada pelancong yang berkunjung ke pulau itu.

Disebabkan itu, katanya, dia hilang punca pendapatan, malah keadaan bertambah buruk apabila ibunya, Hasnah Enduk, 68, hilang keupayaan untuk bergerak dan terpaksa terlantar di katil.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, Dr. Sani Araby Al-Kahery, menyantuni seorang penduduk, Hasnah Enduk, 68, yang terlantar akibat strok di rumahnya di Pulau Redang

 

“Bekalan makanan agak tidak cukup, kami cuma makan apa yang ada sahaja. Kami masih ada beras, dan ada juga orang yang menjual ikan dan ayam di kawasan ini, tetapi hanya mereka yang mampu sahaja boleh membelinya.

“Saya risaukan keadaan ibu kerana dia tidak boleh makan makanan seperti kami. Ibu perlukan susu satu tin untuk tiga hari, tetapi saya tidak ada duit untuk beli susu itu.

“Semalam, saya terpaksa minta duit dari ayah untuk membeli susu. Kalau nak guna duit saya, memang tak cukup,” katanya.

Mengulas lanjut, Alri berkata, ramai dalam kalangan jiran saling menziarahi keluarga itu, bagaimanapun, mereka juga tidak mampu menghulurkan bantuan kewangan.

“Saya bersyukur sangat kerana bantuan daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM Malaysia) tiba tepat pada masanya.

“Tadi mereka singgah kira-kira jam 2 petang dan menghantar bekalan ini. Saya boleh ambil nafas lega kerana bantuan yang dihantar cukup untuk tampung keperluan kami buat masa ini,” katanya.

Sementara itu, barangan keperluan yang dihantar menerusi Misi Bantuan Ihsan: Panggilan Pulau Ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian selamat tiba ke destinasi, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, Dr. Sani Araby Al-Kahery, berkata bantuan bernilai RM250,000 kini sedang diagihkan kepada 700 keluarga yang menetap di kedua-dua pulau itu.

Katanya, barangan yang dihantar merangkumi 1,000 kotak makanan, 500 set susu dan 500 lampin bayi.

“Matlamat misi bantuan ini adalah menyantuni golongan terjejas terutama dari sektor pelancongan dan proses penghantaran turut dibantu oleh Angkatan Awam Malaysia.

“Sumbangan ini adalah hasil kutipan daripada orang ramai dan korporat yang memberi kepercayaan penuh terhadap gerak kerja MAPIM Malaysia,” katanya kepada Ummah Today.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, Dr. Sani Araby Al-Kahery melawat Pejabat Unit Pertahanan Awam Pulau Redang dan Balai Polis Pulau Redang

Misi kemanusiaan itu turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta pelakon dan pelawak, Zizan Razak.

Pada jam 2.45, Dr Zulkifli diiringi Dr Sani turut melawat Pejabat Unit Pertahanan Awam PUlau Redang (PUPA) bagi menyampaikan amanat dan penghargaan kepada anggota APM.

Seterusnya, mereka juga melawat Balai Polis Pulau Redang yang dan lawatan itu disambut oleh Ketua Balai, SI Abdul Aziz Wan Nik.

“Matlamat misi bantuan ini adalah menyantuni golongan terjejas terutama dari sektor pelancongan dan proses penghantaran turut dibantu oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Sumbangan ini adalah hasil kutipan daripada orang ramai dan korporat yang memberi kepercayaan penuh terhadap gerak kerja MAPIM Malaysia” – Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, Dr. Sani Araby Al-Kahery

Oleh Azzman Jamal

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button