Bank pusat Israel berkata kos sebenar perang Israel ke atas Gaza mungkin mencecah 210 bilion Shekel ($58 bilion), memberi beban kepada ekonomi negara itu.
Pada sidang media, Gabenor Bank Negara Amir Yaron menggesa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu supaya segera mengekang perbelanjaan awam sebelum pasaran menjadi teruk jika kerajaan gagal berbuat demikian.
“Tidak bertindak sekarang untuk melaraskan belanjawan melalui pemotongan perbelanjaan, menghapuskan kementerian yang berlebihan dan meningkatkan pendapatan memandangkan keperluan perang berkemungkinan akan menyebabkan kos ekonomi meningkat pada masa depan,” kata Yaron.
SUMBER : TRT World