DuniaEkonomiSemasa

Bank Dunia beri pinjaman AS$222 juta kepada Sri Lanka

Oleh, Azrina Amri, wartawan pelatih

COLOMBO : Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe menyatakan Bank Dunia memberikan pinjaman jangka pendek berjumlah AS$160 juta (RM703.3 juta) susulan negara itu sedang menghadapi krisis kewangan.

Berdasarkan dari laporan Ia bagi membolehkan negara itu membuat bayaran bagi barangan import penting.

“Kami sedang berusaha untuk meneliti sama ada dana ini boleh digunakan untuk mengimport minyak,” katanya. Krisis yang melanda negara ini sedang menggunakan baki terakhir bekalan petrolnya,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Tenaga Sri Lanka memaklumkan, bagi mendapatkan bekalan minyak, penduduk negara itu diberitahu supaya tidak terus menyertai mereka yang sedang beratur panjang, yang mencetuskan protes antikerajaan.

Sri Lanka sangat memerlukan pertukaran asing berjumlah AS$75 juta (RM329.7 Juta) untuk membayar barangan import penting, kata Wickremesinghe yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri khamis lalu.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button