BanjirDuniaSemasa

Banjir kilat di India korban 14 nyawa, 102 hilang

Banjir kilat di India korban 14 nyawa, 102 hilang

NEW DELHI: Banjir kilat yang melanda lembah pergunungan Sikkim, India. telah mengorbankan sekurang-kurangnya 14 nyawa manakala 102, termasuk 23 anggota tentera dilaporkan hilang.

Ia susulan hujan lebat sejak semalam mengakibatkan Tasik Glasier Lhonak melimpah lalu mencetuskan banjir kilat di Lembah Teesta yang terletak 150 kilometer ke utara Gangtok berhampiran sempadan China.

Memetik laporan The Indian Express, paras air sungai meningkat dengan cepat sekitar 15 hingga 20 kaki lebih tinggi daripada biasa sehingga menjejaskan kira-kira 22,000 penduduk.

Menurut kenyataan tentera, operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan ketika ini biarpun keadaan masih hujan dan arus deras di Sungai Teesta.

“Beberapa jalan dan jambatan juga dihanyutkan oleh banjir itu, beberapa kenderaan juga dilaporkan ditenggelami lumpur, katanya.

Sementara itu, penduduk di kawasan seperti Dikchu, Singtam dan Rangpo telah dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat oleh pihak berkuasa di Sikkim.

Jabatan kaji cuaca juga memberi amaran bahawa susulan hujan lebat dalam tempoh dua hari akan datang berkemungkinan menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan banyak penerbangan terpaksa dibatalkan.

“Pihak MAPIM Malaysia bersimpati atas musibah yang menimpa dan berharap agar semua mangsa dipermudahkan urusan”

Related Articles

Back to top button