BanjirDomestikSemasa

Banjir kali ini mencetuskan ilham Cikgu Nazar

Ruangan luas di laman tepi rumah ingin dimanfaatkan kepada penduduk

HULU LANGAT : Keadaan yang dirasai oleh penduduk Taman Sri Nanding merupakan suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan selepas 20 tahun tidak berlaku banjir seteruk ini.

Bencana banjir yang dialami ketika ini merupakan musibah terburuk berlaku berbanding sebelum ini.

Kebanyakan warga emas yang mempunyai penyakit tua akan dipindahkan oleh penduduk di situ ke rumah yang lebih tinggi dan selamat.

Keadaan basikal kanak-kanak yang kotor akibat banjir – Gambar MAPIM Malaysia

Menurut Ketua Penolong Pengarah Pegawai Pendidikan KPM, Nazar bin Mamat, 47, yang juga mangsa banjir berkata, beliau berhasrat untuk mengusahakan sebuah Pusat Kecemasan Banjir di kawasan laman tepi rumahnya.

“Memang ada dalam perancangan saya untuk memanfaatkan ruang laman tepi rumah bagi tujuan menyelamatkan mangsa banjir di sini. Ruangan itu boleh menampungi sehingga 200 orang.

“Di pusat itu akan dibina tinggi supaya air banjir tidak masuk. Selain itu, saya akan usaha bagi mendapatkan penggunaan bot daripada kenalan saya untuk diletakkan di sini sebagai langkah berjaga-jaga.” katanya.

Nazar juga mendakwa, beliau akan berasa rugi kerana tidak memanfaatkan ruang laman yang luas itu bagi tujuan menyelamat.

Cikgu Nazar menjelaskan perancangan untuk membina pusat kecemasan banjir di laman tepi rumahnya – Gambar MAPIM Malaysia

“Pusat Kecemasan Banjir ini masih dalam perbincangan dan perancangan ini dilaksana dalam tempoh masa terdekat.” jelasnya lagi.


MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM

Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button