Semasa

Banjir di Kota Tinggi surut sepenuhnya

Semua mangsa berada di 17 pusat pemindahan sementara

Kota Tinggi: Banjir di pusat bandar Kota Tinggi pulih sepenuhnya dengan semua laluan yang ditutup sejak Sabtu lalu dibuka sejak pagi tadi.

Keadaan Jalan Kota Tinggi-Mersing (FT003) pic: Ehsan JKR Johor

Menurut Portal JohorKini Jalan di antara Kota Tinggi-Mersing (FT003) dibuka semula bagi semua kenderaan susulan air banjir yang melimpah di kawasan berkenaan semakin surut.

Tinjauan di pusat bandar berkenaan mendapati kesan lumpur banjir kelihatan memenuhi kawasan laluan terutama di deretan premis berada di hadapan Sungai Johor.

Pemilik premis berdekatan Sungai Johor turut dilihat sibuk membersihkan kesan lumpur tebal selain membuang barangan yang rosak.

keadaan air banjir Taman Mawai, Kota Tinggi surut sepenuhnya pic: Ehsan Twitter @BuletinJohore

Timbunan sampah sarap turut dilihat memenuhi longkang serta laluan di situ selain ada yang sudah dikumpul dan dibersihkan petugas kebersihan.

Jurucakap Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) berkata, keadaan sampah yang memenuhi pusat bandar ini agak kritikal dengan jangkaan ratusan kilogram sisa pepejal memenuhi dan terdampar laluan terutama di laluan sebelah Sungai Johor.

 

keadaan kota tinggi selepas air banjir surut sepenuhnya pic: Ehsan Bernama

Namun katanya, kira-kira 40 petugas kebersihan sedang bertungkus lumus membersihkan sampah sarap berkenaan sejak air banjir surut sepenuhnya kira-kira jam 9 pagi tadi.

“Ratusan tong sampah milik SWCorp yang digunakan premis-premis di pusat bandar turut didapati hilang dipercayai dihanyutkan air banjir,” Jurucakap SWCorp.

Semalam, NSTP melaporkan cuaca cerah di sebelah pagi menyebabkan keadaan banjir di pusat bandar berkenaan beransur pulih dan surut walaupun ada sebahagian kawasan yang masih digenangi banjir.

Mangsa banjir di Kota Tinggi kini seramai 2,126 orang daripada 534 keluarga di 17 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat tengah hari ini.

Muhammad Arshad Bin Azmi(Pelajar Fakulti Animasi UITM)

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button