PASIR MAS: Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pasir Mas ditutup malam ini menjadikan hanya dua lagi masih beroperasi di jajahan itu membabitkan 31 mangsa iaitu 17 orang di Pusat Tarbiah Nasrullah Pohon Buloh manakala 14 lagi di Sekolah Kebangsaan Banggol Chicha.
Berkongsi pengalaman di media sosial, Fakhitah Rahman penduduk di Bandar Baru Pasir Mas yang turut terjejas banjir, sepanjang dia sekeluarga menetap di sana sejak 6 tahun lalu, bencana kali ini adalah yang paling terburuk baginya.
Kemaskini Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Kelantan turut melaporkan bantuan pasca banjir dan aktiviti gotong royong membersihkan rumah dan premis awam yang terjejas telah dimulakan.
Antara yang menjadi tumpuan kerja-kerja pembersihan mereka antaranya Surau Pengkalan Pak Syed, Jeram Perdah, kawasan rumah mangsa banjir di SJK (C) Khay Boon dan rumah warga emas & OKU di Kampung Padang Raja, Kota Bharu.
Sukarelawan kenderaan pacuan 4 roda, MAPIM Rangers turut sama menggembleng tenaga untuk menyalurkan bantuan pasca bencana seperti keperluan asas dan makanan panas kepada penduduk terjejas banjir termasuk yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa buah kampung sekitar daerah ini.
“Kita mengalakkan lebih ramai pemilik kenderaan 4×4 atau kelab 4×4 tempatan untuk turut sama dalam misi bantuan panca banjir yang sememangnya memerlukan tenaga kerja dan kenderaan, ini mungkin 1st wave, jadi dengan bertambahnya anggota MAPIM Rangers, akan meringankan lagi gerak kerja bantuan kemanusiaan kali ini dan juga sebagai persediaan di masa hadapan.”
“Kita juga mahu membantu mangsa banjir untuk kerja-kerja membersihkan rumah bagi menyegerakan mereka untuk meneruskan kehidupan seperti sediakala,” jelas Khairul Badri, Ketua MAPIM Rangers dalam Misi Bencana Banjir Pantai Timur kali ini.
BACA JUGA
Hampir tiga minggu di PPS, mangsa banjir rindu rumah
MAPIM Malaysia Melancarkan Tabung Kecemasan Bencana Banjir Pantai Timur
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan musibah banjir serta menyokong kelangsungan misi bantuan kemanusiaan kami.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066
atau klik ke www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038