KOTA BHARU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan akan terus memantau 595 kawasan yang berisiko berlaku banjir sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.
Pengarah APM Kelantan, Mohd Adzhar Mujab berkata lebih 1,200 anggota dan segala kelengkapan logistik telah bersiap siaga sekiranya berlaku banjir dalam tempoh itu.
Beberapa jajahan seperti Gua Musang, Kuala Krai, Rantau Panjang telah dikenal pasti berisiko banjir, malah kesemua kelengkapan APM termasuk 16 lori, 86 bot dan 700 jaket keselamatan kini bersedia untuk digerakkan.
APM selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dan daerah telah melakukan latihan simulasi mengendalikan aset sebagai persediaan menghadapi banjir, katanya ketika ditemui Bernama pada majlis Perasmian Bengkel Menghadapi Bencana Banjir MTL, di sini semalam.
Mengulas lanjut, Mohd Adzhar berkata keadaan banjir di Kelantan agak berlainan dengan negeri lain kerana keadaan geografinya yang berbeza apabila ada penduduk yang terpaksa dipindahkan meskipun paras air sungai tidak meningkat dengan mendadak.
Ada penduduk dipindahkan awal kerana menetap di kawasan yang rendah setelah sekitar kawasan rumah dinaiki air dan adakalanya air lambat surut, katanya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan sebelum ini menjelaskan hujan lebat dijangka berlaku mulai awal November susulan musim MTL yang dijangka berterusan hingga Mac tahun depan.
MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Bersama kami membantu mangsa yang terkesan akibat banjir melalui sumbangan infaq menerusi
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
Akaun Maybank 562263540066
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038