NEW YORK: Ribuan umat Islam memenuhi jalan Broadway, Seventh Avenue dan 42nd Street di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS) untuk berbuka puasa dan melakukan solat tarawih pada Sabtu lalu.
Times Square, New York yang sememangnya dikenali sebagai persimpangan komersial utama, destinasi pelancongan, hub hiburan dan menarik kira-kira 50 juta pengunjung dari seluruh dunia setiap tahun, pada bulan Ramadan 1444H ini dihidupkan dengan aktiviti zikrullah.
Ini merupakan kali ke-2 solat tarawih berjemaah di Times Square, New York di adakan selepas pertama kali diadakan April tahun lalu.
Taraweeh prayers in Times Square #Ramadan 🌙
📍Times Square, New York 🗽🇺🇸 pic.twitter.com/ZeMYSbqIlX
— Fatih Seferagic (@FatihSeferagic) March 26, 2023
BACA JUGA
MAPIM terima kunjungan Kumpulan Meraih Berkah dari Brunei
Beberapa jam sebelum Maghrib lagi, kawasan ikonik itu telah dibanjiri warga muslim AS yang bersemangat untuk mengambil bahagian dalam berbuka puasa bersama secara berjemaah.
Pihak penganjur dilaporkan telah menyediakan 2,000 makanan dan minuman percuma untuk umat Islam yang berpuasa. Pelawat yang lalu lalang dan gelandangan di kawasan itu turut diberikan makanan percuma.
Acara ini secara tidak langsung dapat mempamerkan perpaduan yang wujud dalam masyarakat di New York sekaligus mempromosikan Islam dengan lebih meluas.
Pengisian dakwah turut diselitkan dengan kuliah, tilawah Al-Quran ,solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah.
Taraweeh in times square, New York City #timessquare #Taraweeh #Ramadan pic.twitter.com/xepj8hY86d
— 𝐇𝐚𝐦𝐳𝐚 (@HamzaGramer) March 26, 2023