BALING : Bumi Baling menangis lagi. Seperti tahun lepas, tragedi bah yang melanda daerah Baling telah menyebabkan banyak kemusnahan.
Lebih mendukacitakan, ramai yang kehilangan harta benda dan orang tersayang.
Menurut salah seorang mangsa, Basri Shaffie, 47, daerah itu dilanda hujan lebat dan banjir kilat sehingga menyebabkan beberapa kampung ditenggelami air serta mengakibatkan air Sungai Kupang melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal berdekatan.
Jelasnya, air mengalir sangat deras dan laju sehinggakan mereka tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang berharga di dalam rumah mereka.
“Ketika kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam, saya berada di rumah, hujan sangat lebat dan bila saya buka pintu, terus air banjir deras masuk ke dalam rumah dalam sekelip mata sahaja, saya cuba nak selamatkan barang-barang keperluan pun tak sempat.
“Saya cuba nak lari ikut pintu belakang tapi air tetap masuk laju juga. Tapi, Alhamdulillah walau bagaimanapun yang paling penting sekali nyawa semua ahli keluarga saya selamat tak ditenggelami air,” katanya ketika dihubungi UmmahToday.
Tambahnya, air banjir tersebut telah mencecah sehingga paras dada dan segala harta benda serta dokumen-dokumen penting habis dibadai bah dan tidak berjaya diselamatkan.
Walaupun kini cuaca sudah semakin cerah, namun lumpur tebal yang sudah mencecah paras buku lali sudah pasti menyukarkan kerja-kerja membersihkan kawasan rumah mereka.
“Saya hanya mampu berdoa dan saya yakin ada ramai di luar sana yang sudah maklum tentang nasib kami di sini dan diharapkan Tuhan memudahkan segala urusan mereka sekiranya mereka berhasrat untuk turun padang menghulurkan bantuan,” luahnya.
[videopress 1NPCq77D]MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.
Namun ia masih belum mencukupi.
Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.
Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.
#misiummahbantuummah #365hariuntukummah
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038