BALING: Susulan kejadian banjir dan kepala air yang berlaku di kawasan Kampung Iboi dan beberapa kampung sekitar Kupang, Baling.
“Gerakan search & rescue (SAR) agensi kerajaan yang diketuai Ketua Polis Daerah Baling melibatkan anggota polis, bomba, APM, rela dan lain-lain dengan bantuan NGO, Pusat Khidmat Wakil Rakyat, masih berjalan, tetapi keadaan yang gelap menyukarkan gerakan.” jelas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Haji Muhammad Sanusi Md ketika melawat ke kawasan bencana banjir di Kg Iboi, Baling pada awal pagi Selasa.
Haji Muhammad Sanusi turut optimis, menjelang pagi ini pasti ramai lagi akan turut datang membantu.
Ucapan terima kasih turut disertakan kepada PPD, Pengetua, guru besar dan pihak sekolah yang memberikan kerjasama sepenuhnya. 3 buah sekolah di kawasan terbabit ditutup untuk beberapa hari.
Pada jam 9 pagi ini, satu mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah (JPBN) akan diadakan di Pejabat Daerah Baling. Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri selalu Pengarah JPBN akan mempengerusikan mesyuarat tersebut jelas beliau lagi.
Pada jam 10 pagi pula, Ketua Polis Daerah selaku Pengarah Operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) akan memberikan taklimat awal operasi SAR dan situasi semasa kepada media.
Beliau turut telah menghubungi beberapa orang YB Menteri dan KSU untuk memaklumkan setuasi semasa di lokasi bencana.
Rujukan juga telah dibuat kepada Pengarah Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Kedah untuk menentu-sahkan bidang kuasa mengistiharkan Darurat Bencana berdasarkan tahap I, II atau III berdasarkan Arahan MKN20.
Beliau berharap seboleh-bolehnya kawasan yang kritikal di beberapa kampung terbabit diisytiharkan sebagai kawasan Darurat Bencana tahap I atau II selari dengan situasi dan bidang kuasa yang ada. Hal ini akan diputuskan dalam mesyuarat yang berlangsung pagi Selasa ini.
Dalam tulisannya juga, beliau menjelaskan menurut MKN20, kuasa mengistiharkan Darurat Bencana (tahap III) terletak di tangan YAB Perdana Menteri, atas nasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).
Bagi Darurat Bencana Tahap I, ia boleh diisytiharkan oleh Pegawai Daerah selaku Pengarah JPBD. Pengisytiharan Darurat Bencama amat penting bagi mempercepatkan operasi bantuan agensi negeri dan Persekutuan (belanja kecemasan) berdasarkan bajet sedia ada di agensi masing-masing.
“Perbelanjaan atas sebab kecemasan akan memudahkan agensi menyegerakan semua langkah perlu untuk meperbaiki infrastruktur yang rosak dan memulihkan keperluan dan kemudahan asas penduduk terlibat.” kata Haji Muhammad Sanusi
Beliau turut dimaklumkan pihak bomba dan penyelamat akan turut mengunakan khidmat helikopter untuk meninjau keadaan daripada udara untuk memberi gambaran lebih jelas kesan dan punca-punca bencana.
Pengarah Jabatan Parit dan Saliran (JPS) yang turut berada di lokasi memaklumkan bahawa hujan lebat yang mencurah di Daerah Baling petang semalam menyebabkan air sungai melimpah. Taburan hujan yang disukat di semua pusat cerapan sepanjang sungai menunjukkan kapasiti hujan yang banyak.
Dakwaan penduduk yang mengesyaki beberapa tandak tadahan air masyarakat di Gunung Inas telah pecah juga akan disiasat oleh agensi terbabit dan Jabatan Perhutanan untuk menentukan kesahihannya. Jelasnya, buat masa ini ia belum dapat disahkan.
—————————————————————————————————————————-
MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.
Namun ia masih belum mencukupi.
Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.
Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.
#misiummahbantuummah #365hariuntukummah
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038