BanjirSemasa

BALING Banjir: mangsa selamat dipindahkan sejak jam 8 malam

APM dalam siap siaga membantu memindahkan mangsa ke PPS

BALING: Bilangan mangsa banjir di sini mencatatkan pertambahan iaitu seramai 130 orang melibatkan 37 keluarga, ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS), setakat jam 7 pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, seramai 96 mangsa daripada 31 keluarga berada di PPS Dewan Terbuka Kampung Padang Empang.

Manakala 34 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di PPS Dewan Masjid Al-Huda, Kampung Hangus, Kupang.

“Pihak APM menerima laporan tentang banjir kilat tersebut pada kira-kira pukul 6.00 petang (Selasa) serta sepasukan anggota APM Baling kemudian membuat tinjauan ke lokasi kejadian dan mendapati beberapa rumah dimasuki air susulan banjir kilat.” lapor Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz yang juga Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Baling.

“Kesemua mangsa diarahkan berpindah bermula jam 8 malam tadi selepas air sungai melimpah memasuki kediaman mereka.”

“Ini berikutan keadaan tidak selamat untuk tinggal di dalam rumah kerana air melebihi satu meter dan ditambah hujan berterusan dan cuaca gelap.” jelasnya.

Foto sumber FB APM Negeri Kedah

Kesemua mangsa terlibat adalah dari Kampung Iboi, Padang Empang, Kampung Hangus, Kampung Bendang Bechah, Kampung Tok Saba, Kampung Masjid Iboi, Kampung Lata Chelak, Kampung Bok Bak dan Tanjung Nering.

Mohd Faizol berkata, banjir kilat yang berlaku petang semalam turut menjejaskan penduduk di Taman Bayu Sejahtera dan Kampung Sungai Batu, namun tidak melibatkan pemindahan mangsa.

Operasi bantuan banjir APM di Baling kali ini melibatkan 3 orang Pegawai bersama 18 anggota berserta sebuah lori 5 tan, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah ambulans.


Ayuh bersama kami dengan meringankan beban mangsa bencana banjir di Baling, Kedah.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button