Dunia

Balas serangan udara, Hezbollah lancarkan puluhan roket ke Israel

terus melawan

BEIRUT : Hezbollah yang berpangkalan di Lubnan memaklumkan, mereka melancarkan puluhan roket ke Israel pada Jumat (6/8/2021).

Roket dilancarkan dari daerah terbuka di Shebaa Farms yang menjadi kawasan pertelingkahan, sehingga mendapat serangan balas Israel untuk hari kedua berturut-turut.

Ini adalah pertama kalinya Hezbollah mengakui serangan mereka terhadap Israel sejak 2019, ketika ketegangan meningkat di sepanjang sempadan setelah seminggu saling berbalas serangan.

Serangan roket pada Jumaat adalah sebagai balasan atas serangan udara Israel ke atas Lubnan selatan pada Khamis (5/8/2021), kata Hezbollah yang dipetik daripada AFP.

Koresponden AFP di Lubnan selatan memberitahu, dia mendengar beberapa letupan dan melihat asap mengepul dari Shebaa Farms.

Tentera Israel mengatakan, pihaknya saat ini menyerang tapak serangan peluru berpandu di Lubnan.

Pada Khamis, Israel melakukan serangan udara di Lubnan untuk pertama kalinya dalam tujuh tahun sebagai reaksi atas serangan roket sebelumnya.

Israel telah berulang kali memperingatkan, mereka tidak akan membiarkan kekosongan kekuasaan dan krisis ekonomi di Beirut untuk merosak keamanan di sempadan utaranya.

Tentera Israel juga berkata, mereka melihat Lubnan bertanggungjawab atas semua tindakan yang berasal dari wilayahnya, dan mengingatkan tindak balas Israel atas serangan yang akan membahayakan nyawa penduduknya.

Kawasan Shebaa Farms dituntut oleh Lubnan dan Hezbollah, tetapi PBB, yang meletakkan pasukan tentera pengaman di Lubnan selatan sejak 1978, menganggapnya sebagai sebahagian dari Dataran Tinggi Golan Syria, yang diduduki Israel sejak 1967 dan dianeksasi secara sepihak pada 1981.

— KOMPAS

Related Articles

Back to top button