LONDON: Sweden mahu mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Islam, kata Menteri Luar Sweden Tobias Billstrom, ketika negara itu berdepan kritikan terhadap insiden penghinaan berulang kali terhadap Al-Quran, lapor Agensi Anadolu.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Kementerian Luar memaklumkan bahawa Billstrom mengadakan perbualan dengan lebih 20 duta negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di ibu negara Stockholm pada Jumaat.
“Memulihkan kepercayaan dan keyakinan mengambil masa. Saya akan menumpukan sebahagian besar daripada tempoh pilihan raya ini untuk mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Islam,” kata Billstrom.
Beliau berkata kerajaannya ‘menolak sekeras-kerasnya’ pembakaran salinan kitab suci, sambil menambah bahawa Kementerian Kehakiman telah memulakan analisis dan sedang mengusahakan terma rujukan siasatan untuk mengkaji semula Akta Ketenteraman Awam.
Awal minggu ini, Menteri Kehakiman Gunnar Strommer berkata bahawa satu penyelesaian yang berpotensi untuk mencegah kejadian sama berulang lagi adalah dengan menggunakan kuasa kecemasan di bawah Akta Ketenteraman Awam.
Jakob Forssmed, Menteri Hal Ehwal Sosial Sweden, juga mengadakan pertemuan dengan wakil daripada organisasi berbeza agama di ibu negara Sweden pada Jumaat.
As More Swedish People Applying to Burn Quran, Can Europe Face Muslim Anger Amid Rising Islamophobia.@Sweden @France24_en pic.twitter.com/DLvUUWRAgD
— Brajesh bhatt (@Brajesh12Ray) July 31, 2023
BACA JUGA
Bakar Al-Quran: Boikot Sweden jika tidak minta maaf