DuniaSemasa

Bakar Al-Quran: Iraq keluar waran tangkap terhadap Salwan Momika

KAHERAH: Pejabat pendakwa raya Iraq telah mengeluarkan waran tangkap menerusi Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) terhadap Salwan Momika, seorang pelarian warga Iraq berusia 37 tahun, yang bertindak membakar Al-Quran di Sweden, Stockholm pada akhir Jun, lapor penyiar Iraq Al Sumaria pada Khamis.

Pejabat pendakwa raya telah menghantar maklumat dan waran tangkap khas untuk Momika dan meminta Interpol memaklumkan Baghdad sekiranya lelaki itu berjaya diberkas.

Pada 28 Jun, protes berlaku di pekarangan Masjid Stockholm, di mana Al-Quran dibakar. Ironinya, Polis Sweden membenarkan demonstrasi itu.

Insiden membakar Al-Quran di Stockholm telah mencetuskan kecaman di seluruh dunia.

Iraq telah menyeru pihak berkuasa Sweden untuk menghantar pulang individu yang bertanggungjawab atas kejadian itu.

Ketua-ketua negara, termasuk setiausaha agung Liga Arab dan ketua Majlis Kerjasama Teluk, telah mengecam perbuatan itu.

Paludan, dari parti politik Denmark, Hard Line atau Stram Kurs pernah membakar Quran di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm yang membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia pada Januari 2023

Demonstrasi serupa berlaku di Sweden pada Januari lalu apabila ahli politik sayap kanan Denmark, Rasmus Paludan membakar kitab suci umat Islam di hadapan kedutaan Turkiye.

BACA JUGA
Bakar Al-Quran: Boikot Sweden jika tidak minta maaf

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button