Baik pulih bekalan air Selangor cecah 78 peratus

KUALA LUMPUR : Setakat jam 3:00 petang, kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) di 998 kawasan yang terjejas telah mencapai 78 peratus.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan, daripada lapan wilayah yang terjejas, Hulu Selangor dan Kuala Langat sudah mencapai pemulihan bekalan air sepenuhnya iaitu 100 peratus, diikuti Kuala Selangor (99.4 peratus), Petaling (98.9 peratus), Shah Alam (98.1 peratus) dan Gombak (73 peratus).
Bagaimanapun, Kuala Lumpur (64.8 peratus) manakala, wilayah Klang mencatatkan pemulihan bekalan air sebanyak 24.8 peratus.
“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.” katanya.
Status pemulihan kawasan yang terjejas, Pili Air Awam serta Stesen Pengisian Air Komersial boleh didapati di pautan hentitugas.airselangor.com
Oleh Nurshazlin Shahrom