
MANAMA: “Bahrain mengutuk sekeras-kerasnya insiden membakar Al-Quran di Denmark dan menyifatkan perbuatan itu sebagai hasutan kepada kebencian agama dan kaum”, lapor Xinhua.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Bahrain menegaskan mengenai perlunya tindakan tegas diambil terhadap perbuatan sedemikian yang bercanggah dengan nilai kemanusiaan dan kebebasan beragama selain melanggar undang-undang antarabangsa.
Women, men & children have taken part in protests across #Bahrain to condemn the repeated desecration of the Holy Qur’an in Sweden, demanding that Manama cut ties with Stockholm. pic.twitter.com/z2hA4h3mZt
— Alwefaq Society – English (@AlWefaqEnglish) July 22, 2023
Pada Jumaat, kumpulan Danske Patrioter Denmark berhaluan kanan membakar senaskhah Al-Quran dan memijak bendera Iraq di hadapan Kedutaan Iraq di Copenhagen, ibu negara Denmark, menurut laporan media Denmark.


Sementara itu di Beirut, Menteri Luar Sweden pada Ahad menyatakan kekesalannya atas serangan ke atas Al-Quran di Stockholm baru-baru ini, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan.
Dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatannya dari Lubnan Abdallah Bou Habib, Tobias Billstrom menyuarakan kekesalan Sweden atas pencemaran Al-Quran dan penghinaan terhadap kepercayaan dan simbol Islam.
Habib menerima baik kenyataan itu dan menggesa Sweden mengambil langkah tambahan yang praktikal untuk mengurangkan perasaan benci dan Islamofobia yang semakin meningkat.
Pada Khamis, seorang pelarian Iraq yang sebelum ini pernah membakar naskhah Al-Quran pada bulan lalu, bertindak memijak kitab suci itu semasa demonstrasi di ibu negara Sweden.
BACA JUGA
Bakar Al-Quran: Boikot Sweden jika tidak minta maaf