Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today
Alhamdulillah atlet olahraga Malaysia, Azeem Fahmi berjaya layak ke peringkat akhir Kejohanan Olahraga Remaja Dunia.
Perkara ini disahkan oleh Menteri YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican melalui laman Twitternya
Alhamdulillah @_azeemf berjaya ke final 100m @WorldAthletics U20 dengan catatan masa 10.19s. Sekarang kita sama-sama doakan kemenangan buat Azeem Fahmi yang akan beraksi di final sekitar jam 7 pagi nanti 🤲🏻👏🏻🇲🇾#WorldAthleticsU20 #DemiMalaysia pic.twitter.com/u5mR1QCX8c
— Reezal Merican (@reezal_merican) August 2, 2022
Azeem layak ke peringkat final dengan catatan masa 10.19 saat. Sebelum itu, Azeem berjaya memecahkan rekod kebangsaan miik Khairul Hafiz Jantan dengan pecutan 10.09 saat ketika di saingan peringkat kelayakkan.
“Alhamdulillah @_azeemf berjaya ke final 100m @WorldAthletics U20 dengan catatan masa 10.19s. Sekarang kita sama-sama doakan kemenangan buat Azeem Fahmi yang beraksi di final sekitar jam 7 pagi nanti – Reezal Merican
Ayuh seluruh rakyat Malaysia, sama-sama kita doakan kejayaan Azeem Fahmi yang akan turun dalam peringkat akhir sebentar lagi. Azeem dijangka akan turun pada jam 7 pagi waktu Malaysia. Semoga ada kilauan pingat dibawa pulang dari Colombia.