KerohanianPendidikanSemasa

Bolehkah ayat suci Al-Quran dijadikan nada dering telefon bimbit?

Zaman yang serba canggih ini, kegunaan telefon bimbit sangat penting pada masa kini. Pengguna telefon boleh memilih berbagai-bagai jenis nada dering dari deringan yang ringkas kepada alunan muzik, nyanyian, suara manusia dan binatang, dan pelbagai macam lagi termasuklah suara azan dan bacaan ayat al-Qur’an.

Dalam kita mengalunkan ayat suci Al-Quran dan juga zikir harian dalam kehidupan, ada sesetengah pihak menjadikan ia sebagai nada dering (ring tone) telefon bimbit.

Perbuatan yang sudah berleluasa ini dilihat sebagai amalan yang ‘baik’ dan digalakkan dalam masyarakat namun persoalannya, adakah menggunakan alunan ayat Al-Quran sebagai nada dering dibolehkan?

Menurut penjelasan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, oleh kerana ayat-ayat al-Qur’an itu, sebagai kalam Allah, adalah suci dan mulia ia hendaklah diletakkan pada tempat yang sejajar dengan kesucian dan kemuliannya.

Islam tidaklah menghalang penggunaan nada dering ayat-ayat suci al-Quran dengan syarat penggunaannya menepati adab yang telah ditetapkan.

Pada umumnya, ia tidaklah menjadi kesalahan tetapi apabila melihat kepada tempat dan adab penggunaannya seperti memberhentikan bacaan ayat Quran itu, apabila ada panggilan masuk.

Apabila ia terjadi, sudah tentu menjadikan ayat tersebut tergantung yang tidak terhasilnya maksud yang benar.

Al-Quran adalah kalam Allah, ia mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam Islam. Jadi, wajarkah ia dijadikan sebagai nada dering?

Memang benar, umat Islam digalakkan membaca dan mendengar bacaan ayat Al-Quran, tetapi ia bukan satu tiket untuk membolehkan bacaan Al-Quran dibaca atau dimainkan rakaman bacannya dia mana sahaja.

Justeru penggunaan nada dering alunan ayat Al-Quran ia amat tidak wajar dan tidak dibolehkan malah, selari dengan beberapa pandangan tokoh ulama masa kini.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button