AMMAN : Seorang atlet taekwondo Jordan, Maysir al-Dahamsheh enggan berdepan Israel dalam Kejohanan Dunia Kadet dan Remaja 2022 yang dianjurkan di Bulgaria.
Maysir sanggup melepaskan peluangnya merangkul pingat gangsa dalam kejohanan tersebut
selepas menarik diri sebagai tanda protes terhadap normalisasi hubungan dengan rejim Tel Aviv.
Jordanian national taekwondo player Maysir Al-Dahamsheh has withdrawn from the world championship held in Bulgaria to avoid facing an Israeli player. pic.twitter.com/CZkwY4yWEe
— PALESTINE ONLINE šµšø (@OnlinePalEng) July 31, 2022
Langkah yang sama dilakukan oleh atlit Jordan, Eyas al-Zamer yang menarik diri daripada berdepanĀ Israel dalam kejohanan dunia kategori remaja yang diadakan di Dubai.
Sejak kebelakangan ini, semakin ramai atlet dari negara Islam menolak untuk berhadapan dengan Israel dalam pertandingan antarabangsa bagi menyokong perjuangan Palestin.
Teenage Jordanian fencer lauded after refusing to face Israeli opponent in World Championshipshttps://t.co/bVcQ2sVHgj
— Press TV (@PressTV) April 11, 2022
Mereka melihat penyertaan atlet Israel dalam acara sukan sebagai satu skim untuk membantu rejim secara beransur-ansur dan menormalisasikan hubungan dengan negara-negara Islam dan Arab walaupun jelas kekejaman mereka terhadap Palestin.
Di bawah perjanjian yang disokong oleh Amerika Syarikat, Israel berjaya menormalisasikan hubungannya dengan kerajaan UAE, Bahrain, Sudan dan Maghribi pada 2020.
Perjanjian tersebut telah mencetuskan bantahan secara meluas dan menerima kecaman oleh rakyat Palestin dan penyokong mereka di seluruh dunia yang dianggap ia sebagai satu pengkhianatan.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia