ASMC ramal cuaca hujan di kawasan pantai semenanjung
JAKARTA : Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) meramalkan cuaca lebih lembap akan melanda rantau ini untuk minggu akan datang.
Ini termasuk Indonesia, New Guinea, Kepulauan Filipina, dan lautan sekitarnya.
Pusat itu menyatakan dalam amaran bencana mingguannya bahawa keadaan lebih kering diramalkan di Semenanjung Malaysia, selatan Vietnam, dan sebahagian di utara Filipina dan sekitarnya.
Di Borneo Barat dan Jawa, kemungkinan hujan yang sangat lebat akan meningkat, manakala di selatan Thailand, selatan Vietnam, dan utara Filipina, peluang cuaca kering yang berlarutan juga turut meningkat.
“Cuaca yang sangat panas mungkin menjadi lebih biasa di beberapa tempat di Myanmar.”
Terdapat 30 bencana pada minggu pertama 2022, termasuk 22 banjir, tiga tanah runtuh dan lima bencana berkaitan angin, melanda kawasan itu, terutamanya Indonesia dan Malaysia.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia, banjir, tanah runtuh, dan puting beliung direkodkan di Sumatera, Jawa, Nusa Tenggara, Kalimantan, Sulawesi, Maluku, dan Papua.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), di Malaysia, banjir direkodkan di negeri Melaka, Johor, dan Pahang.
Menurut data AMC, hujan yang berlebihan turun di Papua, Sulawesi, Kalimantan, dan selatan Sumatera, serta bahagian utara Jawa Barat, Indonesia, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sepanjang minggu lalu.
-AGENSI
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM