DuniaSemasa

Arab Saudi wajibkan dos penggalak bermula 1 Februari tahun depan

JEDDAH : Pengambilan dos penggalak vaksin Covid-19 diwajibkan bagi semua warga dan penduduk Arab Saudi bermula 1 Februari tahun depan.

Menurut laporan Saudi Gazette, sumber dari Kementerian Ehwal Dalam Negeri mendedahkan dos penggalak itu diperlukan untuk penduduk mendapatkan status ‘imun’ di aplikasi Tawakkalna.

Sumber itu turut menjelaskan bahawa individu diwajibkan mendapatkan suntikan dos penggalak lapan bulan selepas seseorang mendapatkan dos kedua vaksin.

Status ‘imun’ diperlukan bagi sesiapa yang ingin menghadiri sebarang acara sosial, ekonomi, komersil, kebudayaan, hiburan atau sukan di negara itu.

Keperluan penggalak mandatori diumumkan beberapa hari selepas kerajaan mengesahkan kes varian Omicron COVID-19 yang datang dari negara Afrika utara.

Pada 26 November, negara di seluruh dunia menutup sempadan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Omicron sebagai varian yang membimbangkan.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button