MANAMA: Kongres Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) kali ke-33 yang diadakan di Bahrain pada Rabu telah mengesahkan bahawa Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) akan menjadi tuan rumah Piala Asia 2027.
Ia sekali gus menandakan kejohanan itu diadakan buat kali pertama di Arab Saudi yang pasukan kebangsaannya pernah merangkul kejuaraan sebanyak tiga kali pada 1984, 1988 dan 1996, lapor BERNAMA.
“Buat kali pertama kejohanan itu diadakan di Arab Saudi dan kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan SAFF dan kerajaan Arab Saudi untuk menganjurkan Piala Asia AFC 2027 yang tidak dapat dilupakan oleh peminat dan pemain,” kata Presiden AFC, Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa.
✅ Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa re-elected as AFC President
✅ 7 Members on FIFA Council
✅ Newly-elected AFC Executive Committee members
✅ Saudi Arabia to host #AsianCup2027 #AFCCongress2023 concludes with notable appointments and collaborations! pic.twitter.com/d0Xf2CV57E— AFC (@theafcdotcom) February 1, 2023
Beberapa siri perbincangan dan pelantikan baharu turut dibuat pada Kongres itu dengan Shaikh Salman dilantik semula sebagai presiden badan induk bola sepak Asia itu bagi penggal ketiga untuk tempoh empat tahun sehingga 2027.
Beliau mula menyandang jawatan itu sejak 2013 pada Kongres ke-10 AFC.
“Saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua atas sokongan padu anda terhadap pencalonan saya untuk menerajui bola sepak Asia selama empat tahun lagi,” kata Shaikh Salman
The Football Association of Malaysia welcomed Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa, President of Asian Football Confederation (AFC) to Wisma FAM earlier today. #FAM #HarimauMalaya #AFC pic.twitter.com/vxdMzj10i8
— Steven Paul (@stevenpaulw) October 26, 2022