DuniaSemasa

Arab Saudi tetapkan Hari Arafah 8 Julai

RIYARD: Umat Islam di Arab Saudi akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 9 Julai manakala 8 Julai (Jumaat) ini telah ditetapkan sebagai Hari Arafah yang juga kemuncak ibadah haji.

Menurut kenyataan Mahkamah Agung negara itu, bermula dari terbenamnya matahari (waktu zuhur) pada tanggal 9 Zulhijjah sampai terbit fajar tanggal 10 Zulhijjah merupakan hari Arafah di mana jemaah haji akan melaksanakan wukuf.

Pada 9 Zulhijjah, bagi umat Islam yang tidak melaksanakan haji, disunatkan untuk melaksanakan puasa Arafah pada hari tersebut, menurut laporan Saudi Gazette.

Dalam pada itu, kebanyakan negara Arab akan menyambut Aidiladha pada 9 Julai ini, manakala beberapa negara di Asia Tenggara akan meraikan perayaan tersebut sehari kemudian.

Untuk rekod, seramai 2.5 juta umat Islam menunaikan ibadah haji pada 2019, sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia.

Kerajaan Arab Saudi sebelum ini membenarkan sejuta umat Islam dari dalam dan luar negara melakukan ibadah haji.

Petang semalam beberapa negara seperti Indonesia, Malaysia dan Brunei tidak dapat melihat anak bulan Zulhijjah dan masing-masing mengumumkan Aidiladha pada 10 Julai.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button