DuniaSemasa

Arab Saudi tamatkan sekatan keluar masuk antarabangsa

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday

JEDDAH: Arab Saudi tamatkan sekatan perjalanan keluar masuk dari tiga negara iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Afrika Selatan dan Argentina bermula hari ini.

Pada awalnya, sekatan perjalanan dikenakan bagi mengekang penyebaran Covid-19 dan susulan penularan kes lonjakan varian Delta.

Menurut Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, sekatan ini dibatalkan berdasarkan perubahan situasi epidemiologi  di dalam dan seluruh dunia, serta berdasarkan persetujuan pihak kesihatan.

Tambah beliau, bagaimanapun, keadaan sedang dinilai secara berterusan dan penekanan dalam mematuhi keselamatan diperketatkan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Semalam, kerajaan  Arab Saudi melaporkan sebanyak 138 kes baharu jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif 545,505 dan enam kes kematian menjadikan jumlah keseluruhan 8,591 kes sejak awal tahun  2020.

Sementara itu, kempen suntikan vaksin Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan peningkatan.

Setakat ini sejumlah 38,455,901 menerima suntikan, termasuk 1,609,631 terdiri daripada golongan warga emas. Dalam pada itu, lebih 63 peratus penduduk telah menerima dos pertama, manakala, lebih 45 peratus telah lengkap menerima kedua-duanya.

Pada kadar vaksinasi semasa, 70 peratus penduduk dijangka selesai menerima kedua-dua dos pada awal November ini.

Arab  News

Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button