Covid19Dunia

Arab Saudi mansuh semua peraturan berkaitan Covid-19

RIYADH : Arab Saudi mansuhkan semua peraturan dan sekatan yang dilaksanakan bagi menangani penularan pandemik Covid-19 di negara itu.

Menurut laporan Saudi Gazette, Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan peraturan itu termasuk pemakaian pelitup muka di kawasan yang tertutup.

Tambahnya, pemansuhan peraturan tersebut dikecualikan di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah selain di pusat kesihatan, acara awam, kapal terbang dan pengangkutan awam yang masih mahu melaksanakan langkah pencegahan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, rakyat tidak perlu lagi menunjukkan bukti dokumen vaksinasi menerusi aplikasi Tawakkalna untuk memasuki ke mana-mana bangunan, acara, kapal terbang dan pengangkutan awam.

“Dos penggalak ketiga diperlukan selepas tempoh lapan bulan berbanding tiga bulan sebelum ini bagi rakyat yang mahu meninggalkan Arab Saudi

“Namun, syarat baharu itu tidak terpakai kepada individu di bawah kumpulan umur tertentu atau mereka yang dikecualikan daripada menerima vaksin oleh Kementerian Kesihatan,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, kementerian akan terus menggalakkan individu mengambil suntikan penggalak ketiga untuk melindungi diri mereka daripada virus tersebut.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button