KUALA LUMPUR : Kejadian banjir yang melanda negara sejak beberapa hari telah mendapat perhatian daripada syarikat gergasi teknologi, Apple.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook menerusi ciapan di Twitter berkata mereka berhasrat untuk membantu Malaysia dan Filipina yang terkesan teruk akibat bencana yang berlaku ketika ini.
Typhoon Rai has caused so much devastation in the Philippines and Malaysia — so many families have lost so much. Apple will be contributing to relief, recovery, and longer-term rebuilding efforts. #OdettePH
— Tim Cook (@tim_cook) December 21, 2021
“Taufan Rai menyebabkan begitu banyak kemusnahan di Filipina dan Malaysia serta ramai keluarga mengalami kehilangan yang besar.
“Apple akan menyumbang untuk bantuan keperluan, pemulihan dan pembangunan semula jangka panjang di dua negara berkenaan.
Katanya, pada masa ini, jumlah sumbangan Apple dan organisasi mana yang akan mereka bekerjasama belum dapat dipastikan lagi.
Malaysia dan Filipina ketika ini berdepan bencana cuaca teruk yang mana seramai 27 maut dan puluhan ribu penduduk negara ini terjejas akibat banjir melanda lapan negeri hujung minggu lalu.