BanjirSemasa

APM siap siaga menghadapi Monsun Timur Laut

Skop penugasan berdasarkan Arahan MKN 20 serta kerjasama dengan agensi tindak balas

ANGKASAPURI, KL: Monsun Timur Laut berkait rapat dengan kejadian hujan lebat dan banjir besar terutama di negeri sebelah pantai timur, dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka mengalami hujan lebat monsun bermula November hingga Disember 2022 ini.

Sementara Johor, Sabah dan Sarawak dijangka berhadapan hujan lebat monsun bermula Disember 2022 hingga Januari 2023.

Menurut Pengarah Bahagian Dasar & Penyelarasan Angkatan Pertahanan Awam (APM), PPj (PA) Mohd Yusoff Bin Samad, APM secara umum telah merancang gerak kerja penyelamatan dalam tiga fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas bencana.

Ini termasuk atur gerak bagi fasa pertama antara bulan Oktober sehingga Disember dan seterusnya Januari hingga 31 Mac 2023.

“Dari segi keanggotaan di seluruh Malaysia, APM mempunyai seramai 10,500 petugas untuk di atur gerak ke serata negeri yang berlaku bencana. Manakala kekuatan logistik APM adah berjumlah 821 unit aset air dan 483 unit aset darat,” jelas PPj (PA) Mohd Yusoff Bin Samad dalam temubual bersama Nasional fm yang bersiaran dari konti radio Angkasapuri tengahari tadi.

Tuan Mohd Yusoff turut menjelaskan bahawa skop penugasan APM adalah berdasarkan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN 20).  APM turut akan berkolaborasi bersama agensi tindak balas yang lain termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba & Penyelamat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya lagi, pihak JKM telah menyediakan 6000 pusat perpindahan sementara (PPS) di seluruh negara.

Kotak-kotak bantuan di Ummah Central Warehouse milik MAPIM Malaysia dalam keadaan sentiasa siap sedia untuk dihantar kepada mangsa bencana serta asnaf
MAPIM Malaysia melalui pasukan CDERT-nya turut komited dalam membantu kerja-kerja edaran bantuan kepada mangsa banjir


“Kita juga lantik Civil Defense Emergency Response Team (CDERT) dari NGO yang membantu kita dalam keperluan-keperluan asas bila berlakunya keperluan di pusat-pusat perpindahan sementara ini contohnya JKM ada sediakan bekalan asas dan tambahan seperti pakaian, susu, lampin jadi apabila ada CDERT NGO ini mereka akan turut sama membantu serta melicinkan perjalanan bantuan bila berlaku bencana,”
kata Tuan Mohd Yusoff.

Ketika berlakunya sesuatu bencana banjir, fokus utama bantuan pasukan tindakbalas adalah menyelamatkan mangsa di kawasan merbahaya ke kawasan lebih tinggi kemudian mereka di bawa berpindah ke PPS.

Melalui pengalaman bencana terdahulu, APM turut melakukan persiapan dengan mengenalpasti lokasi, impak dan risiko. APM telah melatih komuniti setempat agar sentiasa dalam siap siaga dengan asas menyelamat serta pertolongan cemas pada kadar terapan 70 kali sepanjang tahun 2022.

Pegawai bersekutu CDERT MAPIM menurunkan bot penyelamat di Mersing Januari lalu – Foto Arkib MAPIM Malaysia


MAPIM MALAYSIA SIAP SIAGA DALAM MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button