PendidikanSemasa

Apa hukum isteri mohon cerai?

Dalam Islam, perkahwinan merupakan satu bentuk ibadah. Oleh itu, setiap pasangan sebelum membuat keputusan untuk menikah, ada baiknya untuk mempertimbangkan segala-galanya terlebih dahulu.

Perceraian adalah sesuatu yang dibenci oleh Allah SWT, tetapi dibolehkan jika alasannya jelas. Islam adalah agama yang sentiasa menggalakkan seluruh umatnya membina rumah tangga yang baik dengan penuh kasih sayang.

Lafaz cerai akan dibuat oleh pihak suami tetapi isteri juga boleh minta cerai jika berada dalam keadaan atau situasi yang tertentu.

Pada asalnya tidak boleh bagi seorang isteri meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab Syarie. Daripada Thauban RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا طَلَاقًا مِنْ غَيْرِ بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الجَنَّةِ

Maksudnya: “Mana-mana isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan maka haram baginya bau syurga.”

Riwayat al-Tirmidzi (1187)

Namun, seorang isteri boleh minta cerai dengan alasan yang kukuh menurut syarak.

Contoh alasannya adalah suami tidak memberi nafkah yang halal, suami tidak menunaikan tanggungjawab, suami dayus dan sebagainya. Setiap alasan perlu disertakan bukti kukuh dan berasas dari segi syarak.

Isteri turut boleh minta diceraikan sekiranya perkahwinan itu membahayakan dirinya, agamanya dan lain-lain. Seorang isteri boleh meminta cerai dengan pelbagai cara seperti tebus talak, fasakh dan sebagainya.

BACA JUGA
HARAM pukul isteri sehingga mencederakan

Related Articles

Back to top button