Semasa

Anggota Taliban diberi amaran henti berswafoto

DUBAI : Anggota Taliban diberi amaran oleh menteri pertahanan mereka, Mullah Mohammad Yaqoob, untuk mengelak dari bersiar-siar ke tempat-tempat pelancongan dan berkongsi gambar swafoto di media sosial, Wall Street Journal melaporkan.

Beberapa gambar menunjukkan Taliban bermain di taman tema dan pergi berkelah bahkan ada gambar yang dikongsi oleh Taliban yang menaiki kapal dayung yang kelihatan seperti angsa.

Laporan WSJ mengatakan bahawa kebanyakan anggota Taliban tidak pernah masuk ke bandar tersebut sebelum ini.

“Apabila tidak bertugas, mereka bersiar-siar, berkelah dan mengunjungi taman tema sambil memegang senjata dan memakai serban.

Antara tempat tarikan terkenal untuk “bersantai” bagi Taliban adalah tasik Qargha, di mana kapal pedal tersedia untuk ditunggang, kebun binatang Kabul, dan kawasan Wazir Akbar Khan yang mempunyai bukit berumput dengan pemandangan bandar.

Namun, Mullah mengatakan dalam sebuah mesej audio bahawa rondaan harus dihadkan ke kawasan di mana mereka ditugaskan.

Beliau juga mengkritik beberapa anggota kerana masuk ke pejabat kerajaan di mana mereka tidak mempunyai perniagaan dan mengambil gambar diri sendiri.

Perbuatan itu sangat menjelikkan memandangkan semua orang mengeluarkan telefon bimbit dan mengambil gambar di kementerian penting dan sensitif tanpa sebarang sebab,” tegas beliau seperti yang dipetik oleh Reuters.

“Perbuatan bersantai dan bergambar serta merakam video tidak akan membantu anda di dunia ini mahupun di akhirat,” kata Mullah.

Beliau juga menggesa anggota Taliban supaya memperbaiki penampilan mereka dan mematuhi apa yang beliau sifatkan sebagai peraturan dalam Islam.

– AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button