Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today
SELANGOR : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor bersedia untuk apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku apabila fenomena air pasang besar melanda banyak daerah di Selangor sehingga Khamis ini.
Menurut Norazam Khamis, Pengarah Bomba Selangor, pihaknya akan memastikan pemantauan dilakukan pada waktu pagi dan petang, khususnya di beberapa tempat strategik sepanjang fenomena air pasang.
“Pelabuhan Klang, Kuala Selangor, Sungai Pinang, Teluk Panglima Garang, Sungai Besar, Sekinchan, dan Kapar adalah antara beberapa titik panas yang dikenal pasti”
Norazam seterusnya menggesa orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dengan paras air yang semakin meningkat dan mematuhi saranan pasukan penyelamat.
Menurut catatan Facebook dibuat oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Ahad lalu, pusat Hidrografi Nasional meramalkan air pasang besar akan berlaku dari 8 Oktober hingga 13 Oktober di beberapa kawasan, termasuk Kuala Muda, Kedah, Bagan Datuk, Perak, Pelabuhan Klang, Selangor, serta Batu Pahat dan pontian di Johor.
MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Bersama kami membantu mangsa banjir melalui sumbangan infaq menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038