Semasa

Anak mulia, korbankan waktu remaja jaga ibu terlantar

NILAI :  Beliau menjalankan tanggunggjawab menjaga ibunya yang terlantar sakit sejak 2016. Itulah ketabahan seorang remaja perempuan, Aina Sakinah, 22,  yang menjaga ibunya selepas tamat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

“Saya memang kena duduk di rumah saja sebab tiada siapa lagi jaga mak selain saya,” katanya.

“Ibu memerlukan penjagaan rapi kerana lumpuh separuh badan. Mandi perlu dipapah ke bilik air, kalau makan kena saya hancurkan baru ibu boleh makan. Saya merupakan anak tunggal dan kini mengambil tanggungjawab sepenuhnya menjaga ibu,” katanya ketika ditemui pemberita UMMAHToday di rumahnya, Labu.

Walaupun hanya tinggal berdua dengan ibunya di rumah itu, Aina tetap bersyukur kerana dia tetap bersama dengan ibunya pada waktu susah mahupun waktu senang.

Kesulitan yang dialami oleh Aina dan keluarga telah sampai ke pengetahuan pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) melalui Persatuan Amal Bakti, yang segera hadir menyantuni dan memberikan mereka sumbangan berupa kotak bantuan makanan, hasil infak rakyat Malaysia.

“Terima kasih MAPIM sudi datang lawat dan mendoakan ibu saya,”  kata Aina dengan nada terharu

Menurut Leftenan (PA) Syahir Syahrumi, Pegawai  Tugas-tugas Khas,

Leftenan (PA) Syahir Syahrumi, Pegawai Tugas-tugas Khas MAPIM Malaysia.

“Kita cakna dengan kesukaran Aina dan keluarga, dan kita tidak sekadar cakna, tetapi kita bertindak bagi membantu. Walaupun ia bantuan kecil, tetapi kami mengharapkan ia mampu meringakan beban Aina dan ibunya.”

Dalam pada masa yang sama, MAPIM dan Persatuan Amal Bakti akan terus bekerjasama bagi membantu mereka yang memerlukan di sekitar Negeri Sembilan, khasnya di daerah Labu.

Oleh Ummi Fatihah – wartawan pelatih UiTM

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-0383

 

Related Articles

Back to top button