AS dan Israel telah memuktamadkan perjanjian senjata besar-besaran yang merangkumi pembekalan jet pejuang F-35 dan F-15 ke Tel Aviv, lapor Hebrew Channel 12 .
Saluran itu memetik pegawai dari Kementerian Pertahanan israel yang mengambil bahagian dalam perjanjian itu sebagai berkata perjanjian telah dicapai antara AS dan Israel di mana tentera Israel akan dibekalkan dengan dron dan beribu-ribu butir peluru dalam beberapa hari akan datang.
Menurut pegawai itu, perjanjian itu termasuk membekalkan tentera israel dengan sejumlah besar pesawat pejuang F-35 dan F15 serta helikopter Apache. Para pegawai berkata saiz perjanjian itu adalah luar biasa kerana perang yang berterusan di Gaza dan pertempuran di utara dengan kumpulan Hizbullah Lubnan semakin meningkat.
Mereka berkata Israel meminta keutamaan daripada Amerika untuk bekalan, memandangkan perkembangan perang di Gaza. Israel akan menjadi negara pertama yang menerima pesawat F-35 canggih yang dikeluarkan oleh Boeing.
AS telah mengisytiharkan sokongannya kepada Israel sejak permulaan perang di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu. AS tidak pernah berputus asa dalam mempersenjatai Israel, tanpa mengira korban awam Gaza yang membimbangkan.
Amerika Syarikat memberi Israel $3.8 bilion dalam sumbangan ketenteraan tahunan. Biden telah meminta Kongres untuk meluluskan tambahan $14 bilion.
SUMBER : TRT World