KerohanianSemasa

Ambil tindakan tegas anak Melayu Islam viral minum arak

SHAH ALAM : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mendesak pihak berkuasa agama dan pihak polis menyiasat video yang ditular mengenai anak Melayu minum arak dengan lafaz Bismillah.

Menurut Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azmi menegaskan bahawa perlu diambil tindakan paling tegas kerana ia jelas menghina agama dan mencabar pihak agama.

Video yang berdurasi 24 saat itu menunjukkan anak Melayu yang minum arak dengan lafaz Bismillah dan video itu sengaja disiar serta disebarkan, ia seolah sebuah provokasi.

“Jika benar, ini bukan kali pertama mencabar Islam dilakukan. Tidak mungkin tindakan sebegini dibiarkan kerana ia jelas sengaja dan dilakukan secara biadap dan provokatif.

“Sudah sampai masanya pihak berkuasa menggunakan peruntukan undang-undang dengan tegas sebagai pengajaran supaya tindakan seperti itu samasekali tidak boleh dikompromi,” tegas Cikgu Azmi.

MAPIM Malaysia menggesa semua pihak mengambil perhatian serius untuk melaksanakan tanggungjawab mencegah kemungkaran sebelum  penyakit sosial ini tidak dapat dibendung lagi.

 

 

Related Articles

Back to top button