Amaran ribut petir di Sarawak, Sabah dan Labuan
PETALING JAYA : Amaran ribut petir serta hujan lebat telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) melibatkan kawasan Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan.
METMalaysia dalam satu hantaran di Facebook berkata, bagi negeri Sabah, kawasan terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) serta di sekitar Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang).
Dalam pada itu, METMalaysia turut memaklumkan bahawa keadaan buruk ini dijangka berlaku sehingga pukul 11 pagi nanti.
“Selain itu, amaran yang sama turut melibatkan keseluruhan WP Labuan,” menurutnya.
Penduduk di kawasan yang terlibat dinasihatkan untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa berhati-hati dengan amaran cuaca buruk pagi ini.