Semasa

Amaran ribut petir dan hujan lebat di KL serta tempat tertentu

KUALA LUMPUR : Ribut petir dan hujan lebat dijangka memberi kesan kepada seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta tempat-tempat tertentu di tiga negeri itu, sehingga jam 6 petang hari ini.

Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat, dan Sepang adalah antara lokasi di Selangor yang diramalkan akan dilanda ribut petir, menurut laporan MetMalaysia yang disiarkan pada 1.40 tengah hari.

Sementara itu, ia melibatkan kawasan Jelebu, Seremban, dan Port Dickson di Negeri Sembilan.

Manakala di Perak pula adalah Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

-AGENSI

Related Articles

Back to top button