DuniaPalestin

Atlet Kuwait enggan berdepan Israel dalam acara kejohanan lawan pedang

Sebagai tanda penentangan normalisasi negara Arab dengan Zionis Israel

KUWAIT : Atlet acara lawan pedang Kuwait, Mohammad Al-Fadli enggan berdepan dengan pihak lawan dari Israel dalam peringkat kumpulan Kejohanan Lawan Pedang Dunia yang berlangsung di Dubai.

Aktivis Arab menggunakan media sosial untuk memuji tindakan Al-Fadli kerana “menentang normalisasi negara Arab dengan Zionis Israel”, sambil menambah bahawa tindakannya adalah “pelengkap kepada pendirian menyokong Kuwait terhadap perjuangan Palestin.”

Pada September 2019, Al-Fadli menarik diri daripada kejohanan antarabangsa di ibu negara Belanda, Amsterdam, selepas dijadualkan dalam kumpulan yang bersaing dengan pemain Israel.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa atlet Kuwait menarik diri daripada kejohanan antarabangsa yang berbeza selepas dijadualkan lawan dengan Israel.

Mereka mengatakan tindakan mereka adalah menyokong hak rakyat Palestin dan penentangan normalisasi dengan rejim Israel.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button