DuniaSemasaSyria

Al-Bab sebagai pemangkin ekonomi Syria

Oleh: Izzul Nazaruddin

AL-BAB : Pelebur besi dari hab industri di utara Syria yakin mampu bertanding dengan keluaran turki sebagai pemangkin ekonomi Syria selepas lebih sedekad bergolak.

Kawasan industrinya tidak strategik namun kawasan yang dikawal oleh pemberontak itu merupakan kunci kejayaan sebagai usaha untuk membangunkan ekonomi yang telah runtuh akibat daripada pergolakan selama 11 tahun.

Seorang pelebur besi, Abu Omar Al-Shihabi, berkata gaji yang rendah di utara Syria dan sumber besi yang melimpah selepas bertahun berperang memberi kelebihan kepada pelebur besinya.

“Di Syria, saya boleh bertanding dengan Turki menggunakan produk saya sendiri”

“Dorongan terbesar ialah kos yang rendah dan buruh murah untuk kami berbanding dengan tempat lain. Purata gaji di Turki adalah $400 (RM 1,700) manakala disini hanya suku daripada itu,” katanya.

Walau bagaimanapun, kawasan industri itu masih berdepan dengan cabaran di mana daerah itu terdedah dengan serangan tentera kerajaan Syria, manakala jalan pengangkutan yang teruk dan kos bil elektrik yang meningkat membuatkan perkembangan terbatas.

Seorang pengilang tikar lantai, Abdel Khaleq Tahbash, menubuhkan kilangnya selepas melarikan diri dari kemusnahan di Idlib.

Walaupun berdepan kos bil elektrik yang tinggi dan tidak dapat untuk jual di kawasan luar, beliau masih bangga berada di Al-Bab.

“Saya lebih rela untuk bekerja di Syria. Tanpa duit, awak tidak dapat untuk bekerja di Turki lagipun ini adalah negara saya,” katanya.

Untuk rekod, Syria Utara terutamanya di bandar Aleppo terletak kira-kira 30 kilometer dari timur barat Al-Bab merupakan hab komersial sebelum pemberontakan terhadap rejim Assad dan tercetusnya perang saudara pada 2011.

Terjemah dari: Middle East Monitor


*MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas ini kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button