Covid19Semasa

Aktiviti sukan, kokurikulum sekolah dibenarkan mulai Isnin

PUTRAJAYA : Bermula Isnin ini, aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah akan dibenarkan bagi sesi akademik 2022/2023.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan bahawa hanya untuk aktiviti dalam kawasan sekolah sahaja yang dibenarkan.

“Sudah pasti ini berita gembira buat anak-anak kita yang selama ini hanya berada dalam bilik darjah sahaja.

“Kita ingin memberi peluang kepada murid dan guru untuk membiasakan diri dengan fasa transisi hidup bersama virus Covid-19 sebelum beralih ke fasa endemik.

“Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat pengumuman mengenai garis panduan serta aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 berhubung kebenaran itu dalam masa terdekat.

Terdahulu, KPM menetapkan bahawa sebarang aktiviti sukan, kokurikulum dan perhimpunan di sekolah tidak dibenarkan susulan pandemik Covid-19.

-BERNAMA

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button