DomestikSemasa

Aktivis MAPIM Malaysia santuni asnaf di Klang

KLANG: Aktivis Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) turun ke Klang bagi menyantuni dan menghantar kotak bantuan makanan kepada asnaf di Klang pada petang Khamis.

Lokasi sasaran adalah Taman Sementa Utama Klang Selangor dengan menyantuni 15 orang asnaf  dan seorang di Kampung Selayang Lama.

Sebanyak 15 kotak bantuan bekalan makanan asas berjaya dihantar dan diagihkan kepada asnaf-asnaf yang memerlukan.

Tujuan bantuan ini dijalankan adalah bagi meringankan beban golongan asnaf ini seterusnya sedikit sebanyak dapat memudahkan lagi kehidupan mereka pada masa akan datang.

Usaha ini juga dilakukan bagi menyantuni dan mengukir senyuman pada wajah mereka yang memerlukan.

MAPIM Malaysia komited untuk terus menyantuni dan membantu mereka yang memerlukan di luar sana. Usaha yang dijalankan ini akan terus bergerak dengan lebih baik dari semasa ke semasa.

BACA JUGA
Aktivis MAPIM bertindak segera bantu ummah di Bangi Lama

Bersama kami membantu asnaf dan mereka yang memerlukan melalui sumbangan infaq menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button