Sukan

Ajal dalam gelanggang!

Dipercayai akibat serangan jantung

MEXICO : [VIDEO] Sesungguhnya mati itu pasti!

Laporan ini tidak berkaitan dengan perkembangan berlaku pada umma.

Namun ia boleh menjadikan iktibar kepada kita bahawa kematian itu sentiasa berada disekeliling kita, dan bila pengakhiran kita hanya Dia Maha Tahu!

Di Mexico, satu perlawanan gusti terpaksa dihentikan seketika, apabila pemain gusti tempatan Luis Angel Salazar, 26 tahun, jatuh di dalam gelanggang.

Salazar sebelum itu bertemu seterunya Redimido, di gelanggang Arena San Juan Pantitlan, di Mexico City pada Sabtu.

Turut melihat kejadian terbabit ialah ibu dan teman wanitanya, yang menatap kejadian tragis itu di depan mata.

Laporan awal dia dipercayai mengalami serangan jantung.

Dalam video berdurasi 1:03 saat itu, Salazar dilihat menerima dua pukulan lawan, belum sempat tendangan singgah dia terus tersembab di lantai gelanggang dan tidak sedarkan diri selama seminit.

Lucunya, rakan pasukan yang tidak tahu butir perkara memukul lawan Salazar.

Setelah diperiksa mangsa tidak bertindak balas dan paramedik mengesahkan dia mati dalam perjalanan ke hospital.

Laman sesawang gustri terkenal, maslucha.com menyatakan Salazar meninggal akibat pendarahan dalam otak.

Salazar, tahun dikatakan menyertai arena gusti sebagai membiayai pengajian kursus akauntan di salah sebuah universiti tempatan.

Sebelum ini banyak dipaparkan kisah ahli sukan yang menerima ajal di dalam gelanggang dan kebanyakannya dikaitkan dengan serangan jantung.

Menurut wikipedia, seamai 120 orang pemain bola sepak meninggal ketika beraksi.

Antaranya Patrick Ekeng pemain bola sepak profesional dari Cameroon, yang rebah di dalam padang ketika perlawanan Dinamo Bucharest dan Vitorul di Romania pada Mei 2016.

Ekeng, pada ketika itu hanya berusia 26 tahun.

Pakar kesihatan berkata keadaan ini adalah sebahagian kes mati mengejut dan apa yang membimbangkan adalah kebanyakan mereka masih muda dan berusia lingkungan bawah 50 tahun.

Kematian ini sekali gus membuktikan bahawa usia muda bukanlah jaminan seseorang itu selamat daripada risiko mati mengejut ketika melakukan aktiviti riadah.

Dapatkan berita dan isu-isu semasa berkaitan Ummah dalam dan luar negara secara terus menerusi Channel Rasmi Telegram Ummah Today dengan klik pautan berikut :

https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button