KUALA SELANGOR: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor telah mengenal pasti 13 lokasi berisiko banjir sepanjang fenomena air pasang besar yang diramal selama tiga hari bermula 9 September ini.
Pengerusinya dan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd Raiz Radzuan berkata, semua lokasi itu membabitkan kawasan sekitar Jeram, Ijok, Tanjong Karang dan Sekinchan. Beliau bimbang keadaan bertambah buruk sekiranya musim hujan berpanjangan melangkaui tarikh ramalan itu.
“Jeram kawasan paling berisiko tinggi dilanda banjir yang membabitkan enam lokasi iaitu Tambak Jawa, Pantai Remis, Pantai Jeram, Kampung Sungai Janggut, Kampung Sungai Sembilang dan Pekan Sungai Buloh.”
“Kawasan lain, Kampung Sungai Yu, Pekan Tanjong Karang, Parit 4 Sekinchan, Bagan Pasir Tok Adam dan Pekan Kuala Selangor.” jelas Mohd Raiz Radzuan, Pegawai Daerah Kuala Selangor .
“Pelbagai agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Semua yang terlibat termasuk ketua kampung akan menjalankan pemantauan 24 jam sepanjang fenomena tiga hari itu.” tegasnya.
Persediaan yang dibuat meliputi aspek logistik atau aset menyelamat dan memindahkan mangsa banjir.
“Lebih 20 pusat pemindahan sementara (PPS) akan dibuka sekiranya banjir buruk melanda daerah ini. Untuk itu, penduduk dinasihatkan sentiasa bersiap sedia dan mematuhi semua arahan pihak berkuasa sekiranya diarah berpindah kelak.” pesan Pegawai Daerah Kuala Selangor itu.
MAPIM Malaysia bersiap siaga dalam Misi Bantuan Kecemasan Banjir untuk menyelia perkembangan, mengurus bantuan semasa dan pasca banjir di kawasan yang terkesan teruk dengan banjir.
Sertai misi bantuan MAPIM Malaysia dengan cara berinfaq agar bantuan dapat digerakkan tepat kepada mangsa dan memberi manfaat seramai mungkin ummah yang terkesan.
Sumbangan boleh disalurkan menerusi
atau